SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI OTAi GROUP

PENGASAS OTAi GROUP

Dr. KH. Sifu Khalifah Suhaimi Hj Abas dilahirkan pada 18 September 1973 di Pantai Remis, Perak. Ketika berumur 17 tahun selepas menduduki peperiksaan SPM, beliau telah berhijrah ke Chow Kit, Kuala Lumpur untuk membantu bapa saudara beliau berniaga. Tiga tahun kemudian, beliau telah memulakan perniagaan bersama seorang kawan tetapi dua tahun selepas itu perniagaan tersebut mengalami kegagalan.

Beliau telah memulakan satu perniagaan baru dengan menjual burger. Beberapa tahun kemudian, beliau telah menubuhkan ‘OTAi’. OTAi yang membawa maksud ‘Organisasi Tempat Ambil Ilmu’ diaplikasikan daripada pengalaman beliau selama 26 tahun dalam dunia perniagaan. Beliau membangunan sistem selama 26 tahun untuk menjamin perniagaan Islam dijulang. Cetusan idea ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda dan memastikan mereka dapat belajar kaedah dan teknik yang betul tentang perniagaan yang telah terbukti keberkesanannya.

TENTANG KAMI

VISI

  • MELAHIRKAN 10 RIBU USAHAWAN MELAYU ISLAM MENJELANG 2030

MISI

  • Kearah membuka sebuah universiti yang menggunakan kaedah 70% praktikal dan 30% teori untuk mengeluarkan graduan diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah dengan membuat kerjasama dengan 3 negara iaitu Jerman, United Kingdom dan Australia.
  • Memperbanyakkan lagi syarikat middle stream dan up stream untuk melahirkan usahawan-usahawan di peringkat downstream.
  • Melahirkan usahawan-usahawan Mentor/guru yang mampu mengajar usahawan muda yang baru.
  • Mencari pelabur-pelabur untuk menyumbang modal bagi mempercepatkan pergerakkan sepertimana yang disasarkan.
  • Mendapat suntikan dana modal daripada pihak bank dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Melahirkan 10 ribu usahawan muda di kalangan belia dengan memperbanyakkan lagi rangkaian perniagaan middle stream dan up stream.
  • Melahirkan usahawan-usahawan supaya dapat melahirkan usahawan muda yang baru.
  • Orang-orang Islam kembali menguasai ekonomi Malaysia dan menjulang nama Islam ke peringkat dunia.